MINGGU KE 1 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Nama mohd iqbal bin che daud dari Fakuti Pendidikan.Saya telah mendaftar masuk di UKM pada tarikh 1 september 2015 sehingga sekarang.saya juga telah menyertai program orentasi ataupun lebih di kenali program pengenalan diri yang dianjurkan oleh pihak UKM.Bagi saya program yang telah dianjurkan telah banyak memberi saya ilmu dan manfaat baru serta pengetahuan tentang maklumat yang penting. MINGGU KE 2 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu ke 2,saya telah menduduki kelas pertama saya untuk memulakan sesi pembelajaran yang pertama sebagai mahasisiwa di ukm.Banyak yang saya dapat dari kelas pertama saya sebagai contoh mengenali lebih dekat latar belakang kawan-kawan baru dan juga dapat mengenali para pendidik yang mengajar lebih dekat.Antara kelas yang saya ialah subjek PROFESION PERGURUAN,ASAS SAINTIFIK KEGIATAN MANUSIA,KEJURULATIHAN SUKAN,SUKAN DAN MASYARAKAT,FOUNDATION ENGLISH,SENI KHAT I dan terakhir ialah KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN.Kelas yang telah saya duduki ini banyak memberi pengetahuan baru kepada saya di dalam pelbagai bidang dan saya bersyukur kerana semua pendidik amat baik dan mudah untuk berinteraksi dengan saya dan ini akan memudahkan saya untuk mudah memahami subjek yang baru bagi saya untuk belajar dengan lebih mendalam. MINGGU KE 3 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Saya telah memasuki pada minggu ke 3 adalah kelas Kumputer Dalam Pendidikan yang dikendalikan oleh DR.Siti Fatimah.Saya juga telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan kerja yang akan diberikan.Kumpulan saya terdiri daripada 3 orang ahli dan kami juga telah diberi tugasan untuk mewujudkan Gmail,ifolio,dropbox dan Weebly.kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri iaitu mohd iqbal,ahmad mokhtar dan iryani.Kelas ini amat membantu saya mengetahui pengetahuan baru tentang pelbagai kegunaan laman sosial untuk digunakan di dalam pembelajaran.Pembelajaran menjadi muudah dengan menggunakan laman sosial ini kerana kita boleh berbincang sesuatu kerja dengan mudah walaupun tanpa berjumpa dan hanya perlu menggunakan laman sosial unttuk berbincang. MINGGU KE 4 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu seterusnya iaitu minggu keempat kami telah diberikan tugas mengikut kumpulan masing-masing.Setiap kumpulan diberikan dua bentuk tugasan iaitu untuk minggu keempat dan kelima. pada kelas kali ini, saya dan rakan sekelas mempelajari untuk menggunakan komputer dan teknologi yang sewaktu dengannya untuk mencari maklumat- maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran dengan lebih mudah. Pertama, kami di ajar untuk menggunakan aplikasi "Google scholar" dimana aplikasi ini di gunakan untuk mencari maklumat ataupun bahan- bahan rujukan seperti artikel dan sebagainya. Kedua, aplikasi ini boleh dikatakan sebagai aplikasi perpustakaan siber di mana terdapat pelbagai bahan bacaan yang berbentuk buku,novel,majalah dan lain-lain dan ianya dinamakan " Google books" . Seterusnya, dengan pembelajaran hari ini akan lebih memudahkan para pelajar dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan serta lebih menjimatkan kan masa dan boleh digunakan dimana sahaja. MINGGU KE 5 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu berikutnya iaitu minggu ke 5 kami telah diberi tugasan yang baru yang berkaitan dengan isu-isu komputer dalam pendidikan. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Ini merupakan tugasan yang ke 3. Dalam tugasan ini kami telah didedahkan cara untuk mencari maklumat dengan menggunakan langganan UKM, Google Scholar, Google dan lain-lain. Dalam menggunakan enjin pencarian, kami dikehendaki mendapatkan maklumat tentang tajuk yang terpilih iaitu :
MINGGU KE6 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu ke 6, setelah segala maklumat dan data yang dikumpul untuk tajuk yang diberi dalam tugasan 3 minggu lepas. Kini kami telah diarahkan untuk membuat persembahan powerpoint untuk tajuk yang telah diberi oleh pensyarah. Sebelum membuat powerpoint, kami telah diajar prinsip asas CASPER iaitu Contrast, Aligment, Simplicity, Proximity, Emphasis dan Repetition. Teks, grafik, warna, Microsoft Paint, bentuk (Shapes), smart art dan juga menggunakan media. Di sini juga kami telah menggunakan Google Drive untuk membuat powerpoint. Apa yang saya pelajari dalam tugasan kali ini ialah dapat membina kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan serta dapat menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan yang lain dan juga berjaya mengurus maklumat secara cekap berkesan.Selain itu tugasan ini juga dapat membantu kumpulan kami untuk menunjukkan kelainan di dalam kerja yang telah kami lakukan. MINGGU KE 7 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA pada minggu seterusnya pula,iaitu minggu ke-7 kami meneruskan lagi minggu pembelajaran kami iaitu minggu ketujuh. Pada minggu ini kami didedahkan dan diajar tentang googleform iaitu satu aplikasi yang bertujuan untuk membuat soal selidik. Soal selidik yang kami hasilkan haruslah bertepatan dengan tajuk yang telah diberikan kepada kami iaitu Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Kemahiran Berfikir dalam ICT. Soalan-soalan yang diajukan perlulah disertai dengan soalan berfikiran aras tinggi. Pada minggu ketujuh ini juga ,kami dikehendaki untuk mengikuti program di PTSL. MINGGU KE 8 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA pada minggu kelapan kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah . Pada minggu kelapan ini Dr.Siti Fatimah menyemak tugasan keempat . Soalan-Soalan untuk tugasan 4 yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan terdapat banyak kesilapan. Dr.Siti Fatimah menyuruh kami membuat semula atau mengemaskini soalan-soalan yang telah dibuat oleh ahli kumpulan kami. Selain itu , Dr Siti Fatimah memberi idea-idea soalan untuk dibuat oleh ahli kumpulan kami . Kata Dr Siti Fatimah soalan-soalan yang dibuat oleh ahli kumpulan kami tidak mengikut permintaanya. Permintaan Dr Siti Fatimah ialah menyediakan soalan-soalan berasaskan permikiran aras tinggi dan dengan berasakan pemikiran aras tinggi ini dapat membantu kami untuk berfikir di luar kotak pemikiran ditambah pula dengan sumbangan idea dari dr fatimah sedikit sebanyak dapat memperbaiki lagi kelemahan kami selama ini. MINGGU KE 9 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu seterusnya pula iaitu minggu ke 9 saya dan kumpulan saya telah dapat menyiapkan tugasan yang seterusnya dengan bantuan dan bimbingan dari pensyarah yang mengajar kelas komputer dalam pendidikan ini dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan-tugasan terutamanya rakan dalam ahli kumpulan serta rakan lain yang membantu sama ada secara langsung dan tidak langsung. Saya ingin meneruskan refleksi saya pada minggu kesembilan ini.Pada minggu kesembilan ini. kami perlu melakukan tugasan iaitu proses penyelidikan (mini research) dengan melakukan penulisan laporan penyelidikan berkaitan tajuk kami keselamatan komputer dan internet. Tugasan ini perlu dilakukan dalam kumpulan untuk menyediakan laporan kajian mengikut format yang tepat menggunkan google docs. Laporan kajian tersebut perlu dimuat naik di portfolio weebly masing-masing. MINGGU KE 10 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu kesepuluh kami bersama Dr Siti Fatimah dalam khusus komputer dalam pendidikan. Pada minggu kesepuluh ini Dr Siti Fatimah memberi tugasan Keenam iaitu membuat brochure. Tugasan keenam ini dilakukan secara individu . Tajuk yang digunakan dalam pembuatan brochure ini dengan mengguna tajuk yang telah diberikan pada tugasan ketiga . Ahli kumpulan saya telah membahagi tajuk masing-masing bagi memudahkan urusan untuk membuat tugasan yang telah dr siti berikan kepada kami. Dimana dalam tajuk brochure saya , saya mengambil tajuk e-learning .Selain itu , Dr Siti memberikan contoh-contoh laman yang boleh membuat brochure secara online . Uniflip(http://www.uniflip.com/gclid=CjwKEAiAhPCyBRCtwMDS5tzT03gSJADZ8VjR_CjXZ8ox14fznrrU0nKC_9JOF1I-WPFNK1XBH40qcRoCvIDw_wcB) , microsoft Publisher , dan lain-lain. Dr Siti juga memberikan contoh-contoh brochure yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar senior. MINGGU KE 11 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu ke 11, tugasan baru telah diberikan iaitu tugasan 7 iaitu berkaitan dengan video dalam pendidikan dan ini juga merupakan aktiviti dan tugasan berkumpulan. Di sini kami telah diajar tentang panduan dalam penyediaan reka bentuk media interaktif ( teks, grafik, resolusi, warna, foemat fail, animasi, audio dan video ), prinsip persembahan, story board dan skrip.Di sini kami telah membincangkan tentang story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam tugasan 2 iaitu Learning Management System ( LMS ), Course Management System ( CMS ) dan Sumber Perisian percuma untuk LMS dan CMS. Di sini secara tidak langsung dapat memberikan saya satu kemahirandan idea yang baru dalam membuat video. Saya juga difahamkan tentang elemen-elemen dalam multimedia sebelum membuat video dengan adanya tugasan yang diberikan ini telah banyak membantu saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk membuat video tanpa menghadapi masalah dan sedidkit sebanyak terus memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kami untuk membuat video dimana kami selama ini kurang mahir didalam membuat video. MINGGU KE 12 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu tersebut Dr.Siti Fatimah meminta untuk menghantar kerja individu kami iaitu tugasan Brochure . Kelas minggu tersebut dijalankan seperti biasa. Walaupun pelajar kelas kami letih kami tetap menghadiri kelas Dr.Siti . Punca keletihan kelas kami ialah aktiviti latihan kecergasan yang telah dilakukan oleh pelajar kelas kami dalam khusus kejurulatihan sukan namun dr siti telah memberi kami sedikit masa bagi melepaskan lelah di atas aktiviti yang kami lakukan ini telah menunjukkan dr siti seorang yang memahami para pelajarnya.Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah memberikan tugasan terakhir dalam khusus komputer dalam pendidikan. Tugasan tersebut ialah dengan membuat video. Tugasan tersebut dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut . Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti pada tugasan yang ketiga. Dimana tajuk kumpulan saya ialah Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT).Selain itu , Dr Siti juga membuka video-video contoh yang telah dibuat oleh pelajar permata pintar.Dengan video yang telah ditunjukkan oleh dr siti sedikit sebanyak telah membantu kami untuk menbuat tugasan yang telah diberikan dan memudahkan lagi konsep-konsep atau cara bagi menyiapkan kerja atau tugasan yang telah diberi. MINGGU KE 13 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Minggu ini merupakan saat-saat terakhir sebelum saya bakal melalui peperiksaan akhir untuk semester satu ....Alhamdulillah Tugasan saya dan kumpulan saya berjaya disiapkan sebaik mungkin. Bermula dari tugsan 1,2,3,4,5, dan 6. Hanya tinggal tugasan 7 untuk dalam proses penyiapan iaitu tugasan 7 iaitu tugasan yang agak menarik iaitu mengasilkan video. Di minggu ini juga pensyarah saya Dr Siti Fatimah telah meminta dalam penghasilan video hendaklah dimasukkan suara / voicing supaya video tugasan ang dihasilkan lebih menarik dan bermanfaat untuk penonton dan sebagai medium pembelajaran khasnya.Dengan tugasan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk pelajari lebih baik dalam menghasilkan video dimana ia bertujuan melatih saya dan juga rakan saya yang lain untuk lebih mahir mrmbuat video. MINGGU KE 14 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Pada minggu akhir ini...kami telah diminta untuk melaksanakan tugasan 8 iaitu: 1. Penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet) 2. Memasukkan data 3. Pemformatan 4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja 5. Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
Comments are closed.
|
Author CategoriesMOHD IQBAL BIN CHE DAUD
Archives |