TUGASAN
tugasan 8
. Penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet)
2. Memasukkan data
3. Pemformatan
4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
5. Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
2. Memasukkan data
3. Pemformatan
4. Penyimpanan dan penutupan lembaran kerja
5. Formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh:
- VLOOKUP
- STDEV
- AVERAGE
- COUNTIF
- Sort
- Filter
- Graph
- Memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama.
- Menggunakan formula untuk mengira jumlah markah keseluruhan serta penggredan markah individu.
- Memuat naik fail ke portfolio Weebly masing-masing
- Tulis refleksi hasil pembelajaran di ruangan refleksi di Weebly.
iqbal-excel.xlsx | |
File Size: | 18 kb |
File Type: | xlsx |
tugasan 7
TUGASAN 7 PROSES PERANCANGAN PEMBANGUNAN VIDEO
|
tugasan 6
MEMBINA BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
brochure.docx_bbbbrrru.docx | |
File Size: | 311 kb |
File Type: | docx |
tugasan 5
LAPORAN KAJIAN Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT) .
Berdasarkan data yang kami perolehi daripada soal selidik berkaitan dalam pendidikan yang direka menggunakan Google Form. Seramai 28 orang telah memberi maklum balas dalam soal selidik tersebut. Daripada 28 responden, 19 orang adalah lelaki dan selebihnya 9 orang adalah perempuan. Majoriti responden kami memasuki Universiti dengan kelayakan STPM iaitu seramai 7 orang, lepasan matrikulasi 13 orang, seterusnya lepasan deploma/ijazah/spm iaitu seramai 8 orang, manakala selebihnya tidak menyatakan.
Berdasarkan data yang kami perolehi daripada soal selidik berkaitan dalam pendidikan yang direka menggunakan Google Form. Seramai 28 orang telah memberi maklum balas dalam soal selidik tersebut. Daripada 28 responden, 19 orang adalah lelaki dan selebihnya 9 orang adalah perempuan. Majoriti responden kami memasuki Universiti dengan kelayakan STPM iaitu seramai 7 orang, lepasan matrikulasi 13 orang, seterusnya lepasan deploma/ijazah/spm iaitu seramai 8 orang, manakala selebihnya tidak menyatakan.
kursusge_1155.docx_tugasan_5.docx | |
File Size: | 848 kb |
File Type: | docx |
tugasan 4
Membuat borang soal selidik yang telah direka menggunakan Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
tugasan 3
persembahan menggunakan prinsip CESPER
iaitu dengan membuat google slide. Tajuk : Teknologi maklumat dan komunikasi (ict) dan kemahiran berfikiran dalam ict (thinking skills and ict)
tugasan_3__1_.pptx | |
File Size: | 1567 kb |
File Type: | pptx |
tugasan 2
Learning Management System (LMS)
Sistem Pengurusan Pembelajaran(SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System(LMS) adalah sistem yang digunakan oleh tenaga pengajar untuk menyampaikan, merancang, melaksana dan menilai matlamat pembelajaran. Selalunya sistem ini digunakan oleh guru untuk menyampaikan kandungan pembelajaran, memantau penglibatan pelajar dan melihat tahap pelajar. Sistem ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk membuat perbincangan pada jarak jauh secara berkumpulan dengan rakan atau persidangan video dan perbincangan forum. Pada peringkat tinggi IPT, Sistem Pengurusan Pembelajaran ini juga boleh digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota,melihat keputusan peperiksaan dan pelajar dapat mengakses maklumat tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sistem ini memudahkan pelajar dan pensyarah berinteraksi serta memberi keselesaan kepada semua.-contoh perisian percuma yang terdapat pada LMS ialah I-Folio. I-Folio ini digunakan oleh pelajar ukm, pensyarah dan saya sendiri. pelajar menggunakan I-Folio ini untuk mendapatkan nota serta tajuk-tajuk yang telah disediakan oleh pensyarah manakala pensyarah pula menggunakan LMS ini untuk memberi maklumat serta memasukkan nota khas untuk pelajar ukm. Terdapat banyak lagi perisian percuma yang terdapat dalam LMS ini. antaranya ialah Gmail, googledrive, weebly dan sebagainya.
COURSE MANAGMENT SYSTEM
Sistem pengurusan kursus atau dikenali sebagai course managment system dalam bahasa singkatanya (CMS) adalah satu alat yang membantu pengajar untuk mengajar dengan lebih mudah.Dengan alat CMS ini pengajar dapat membina satu kandungan kursus dalam talian dan menampalnya di dalam web.Pada masa ini,sistem CMS ini amat penting dalam pendidikan terutamanya di IPTA.Dengan adanya sistem CMS ini pengajar dapat merangka sesi pembelajaran mereka untuk mengajar,dengan ini ia akan memudahkan kepada para pengajar.Pengajar boleh membuat senarai nama,merakam gred pelajar pelajar dan menyiarkan tugasan.Selain itu,dalam aspek pembelajaran,pengajar boleh membuat ujian,kuiz atau latihan kelas dengan menggunakan sistem cms ini.Di samping itu juga,sistem ini mendapatkan pelajar berinteraksi dengan pengajar dan ini membolehkan pelajar dapat menanyakan apa yang tidak difahami dalam pembelajaran.Dengan ini terbuktilah sistem CMS ini amat penting dalam dalam pendidikan,oleh itu sistem ini hendaklah dititik beratkan dalam pendidikan.-contoh perisian percuma yang terdapat pada CMS pula ialah Wordpress. wordpress merupakan satu platform CMS yang sangat ramai digunakan di serata dunia. Selain itu, perisian percuma seterusnya ialah Joomla. Joomla merupakan perisian percuma yang sangat mudah digunakan seperti aplikasi Wordpress. perisian percuma ini akan membuatkan laman web anda kelihatan lebih menarik dan mantap.
tugasan 1
KOMPUTER SEBAGAI 'ALAT'',GURU'',DAN''PELAJAR''.
Pendahuluan
Komputer telah membawa revolusi baru ke atas negara di dunia.Majalah Time dalam isu pertama pada tahun 1983 menamakan komputer sebagai Machine of the Year (Zoraini 1991).Ini menjelaskan kepada kita bahawa dalam zaman teknologi maklumat,komputer mempengaruhi dan terdapat dalam semua sektor serta kehidupan kita termasuklah sistem pendidikan.Pada zaman yang serba moden pelbagai sistem telah di ubah bagi memastikan ia lebih mudah dan berkesan untuk pelbagai sesi terutamanya di dalam sistem pembelajaran.. .Taylor (1980) mengkategorikan penggunaan komputer dalam pendidikan kepada tiga komponen iaitu komputer sebagai alat,komputer sebagai guru dan komputer sebagai pelajar.Ini menunjukkkan bahawa komputer menjadi tempat untuk dirujuk bagi mendapatkan maklumat yang penting bagi dijadikan rujukan peribadi mahupun berkumpulan.
Komputer sebagai alat
-Penggunaan komputer sebagai alat adalah untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan peribadi ataupun untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah selari dengan perkembangan terkini dalam penggunaan komputer dalam pendidikan , iaitu komputer merentasi kurikulum.Teknologi komputer perlu merentasi kurikulum untuk memudahkan pembelajaran dalam pelbagai bidang (Zoraini,1991)
Komputer sebagai guru
-Komputer sebagai guru adalah di mana komputer berperanan menyampaikan pegajaran yang telah diprogramkan. Pelajar berinterasi dengan komputer dalam bentuk tutorial di mana komputer dapat merekod dan mengurus kemajuan pelajar. Kebanyakan bahan atau perisisan kursus multimedia yang terdapat sekarang menggunakan komputer sebagai guru. Bahan atau perisian kursus ini dapat di kelaskan kepada beberapa jenis seperti latih-tubi,tutorial,tunjuk cara dan simulasi. Penggunaan komputer untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai Pengajaran Berbantulan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Instruction (CAI) atau Computer Assisted Learning (CAL).
Komputer sebagai pelajar
-Komputer sebagai pelajar adalah merujuk kepada pengguna,iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer.Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna,sebaliknya pengguna yang mengawal komputer.Sebagai alat,komputer boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat ,cekap dan berkesan.Perisian-perisian aplikasi seprti pangkalan data,hamparan elektronik dan pemprosesan perkataan adalah yang paling kerap di sekolah-sekolah di Britain dan Amerika Syarikat.Perisian jenis ini membolehkan komputer berfungsi sebagai alat yang memudahkan kerja manusia.